BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Pentingnya I'lmu Dalam Berbicara

Dalam menghadapi liku liku hidup, kita pasti sesat dalam mencari laluan kehidupan, jika sekiranya kita tidak mempunyai ilmu, bak kata pepatah "ilmu penyuluh hidup" atau "ilmu penyeri hidup". Ilmu perlu dicari dan diteroka untuk kebaikan diri dan juga manusia sejagat. Ilmu juga adalah pemangkin kepada kehidupan. Mencari ilmu dunia dan akhirat bukan lah senang, untuk dapat ilmu yang baik, ada banyak cabaran dan juga dugaan. Ilmu yang tidak baik senang untuk diperolehi. Namun kedua-duanya dapat dikategorikan sebagai ilmu dan mencari ilmu itu adalah satu kewajipan kepada setiap manusia. Allah berfirman, ertinya; "Dan janganlah engkau ikuti apa yang engkau tidak mempunyai ilmu tentang-nya, sesungguhnya pendengaran, pengelihatan dan hati semuanya itu akan di tanya" (Surah al-Isra' ayat 36) Ayat di atas menerangkan sekiranya kita tidak mempunyai ilmu tentang apa yang dibincangkan usah la berbicara kecuali ada pandangan. Pandangan di sini bermaksud, kita mendapat persefahaman tentang apa yang dibicarakan. Namun pandangan tersebut mestilah betul dan mengikut fakta. Dan sabda Nabi : "Barang siapa berbicara tentang al Qur'an dengan akal nya atau tidak dengan ilmu, maka hendaklah ia menyiapkan tempatnya di neraka" (Hadist seperti ini ada dari 2 jalan, yaitu Ibnu Abas dan Jundub. Lihat Tafsir Qur'an yang diberi mukaddimah oleh Syeikh Abdul Qadir Al-Arnauth hal. 6, Tafsir Ibnu Katsir dalam Mukaddimah hal. 13, Jami' As-Shahih Sunan Tirmidzi jilid 5 hal.183 no. 2950 dan Tuhfatul Ahwadzi jilid 8 hal. 277) Berwaspadalah ketika menyampaikan sesuatu ilmu. Sekiranya ilmu yang disampaikan itu adalah salah dan boleh membawa kepada fitnah, besar dosanya buat kita. Zaman sekarang, ramai di antara kita yang sudah mula mengenali "Freedom of Speech", di mana, kita bebas untuk bersuara tidak kira usia, pangkat dan juga ilmu di dada. Apa yang tersirat di dalam hati, dapat kita luahkan begitu sahaja tanpa mengenal baik buruknya. Sentiasa beringat tentang ilmu yang diperolehi, mungkin ilmu itu bakal berguna pada kita kelak, namun oleh kerana sudah merasa ilmu itu sudah cukup, kita mampu untuk memberi hujah dan nasihat kepada mereka yang dianggap kurang ilmu. Ilmu datangnya dari pembelajaran dan juga pengalaman. pengalaman akan mengajar kita erti kesabaran. Ada yang mengata kesabaran dalam menuntut ilmu selalunya akan mendapat keredhaanNya. Namun, kita perlu tahu, ilmu itu adakah baik atau sebaliknya? Orang-Orang salaf berkata : "Waspadalah terhadap cubaan orang berilmu yang buruk (ibadahnya) dan ahli ibadah yang bodoh." (Al-wala'wal bara' hal. 230) Ramai di antara kita sudah terpedaya dengan kata-kata yang tak diteraskan dengan ilmu yang baik. Sama samalah kita momohon supaya dihindari perkara sebegini. Sentiasa bermunajat dan beristighfar kepadaNya supaya ilmu yang diperoleh tidaklah menyebabkan pengamal itu merana. "Ya Allah, aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang bermanfaat dan amal yang diterima" (Hisnul Muslim, hal. 44 no. 73). Allah mengingatkan kita di dalam kitabNya yang bermaksud; "Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang bathil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu sedangkan kamu mengetahuinya" (Surah al-Baqarah ayat 42) Setiap ilmu yang dianugerahkan kepada kita, akan ada masanya ilmu itu akan diduga oleh Allah kepada kita. Namun, setiap manusia juga dikurniakan akal olehNya untuk berfikir sama ada ilmu itu baik atau buruk baginya. Jika ia buruk, bersamalah kita untuk meninggalkannya. Jika ilmu itu baik, sama-samalah kita untuk berkongsi dengan semua. "Wahai orang-orang beriman, masuklah kamu kedalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu" (Surah al-Baqarah ayat 208) Walaubagaimanapun, setiap ilmu itu ada batasnya. Ilmu itu akan mengikut keimanan seseorang untuk menterjemahkan ia sebagai pengangan hidup. Adakala ilmu yang diperoleh terlalu tinggi, sehingga mengakibatkan dirinya tidak dapat menanggung segala dugaan yang menimpanya. Oleh itu, beramal lah dengan ilmu itu sebaik baiknya. Lengkapkan diri dengan kekuatan iman yang kuat supaya dapat menjadi kulit kepada ilmu yang menjadi manisan di dalamnya.Wallahua'lam.. ^_^

Saye seorang yang...

SOSIAL : Bekomunikasi, mesra, orientasi manusia Anda merupakan seorang individu yang suka berkomunikasi dengan orang lain daripada bekerja dengan objek, mesin ataupun data. Anda menghargai kepada aktiviti yang melibatkan perhubungan komunikasi sesama manusia, perkhidmatan menolong dan kebajikan masyarakat. Anda seorang yang mudah mesra dan mempunyai jiwa yang penyayang, lemah lembut, baik hati dan sensitif dengan keperluan seseorang. Anda suka bekerja dalam situasi yang mempromosi pembelajaran, pembangunan kendiri dan berorientasikan manusia. Kebiasaannya, anda mempunyai kemahiran komunikasi dan sosial yang tinggi untuk membantu orang yang memerlukan. Anda kurang berminat untuk melakukan kerja yang melibatkan struktur kerja yang rutin atau yang melibatkan pemikiran saintifik dan penggunaan mesin. INVESTIGATIF : Analitikal, rasional dan saintifik Anda merupakan seorang individu yang analitikal, berdikari dan suka terlibat dengan aktiviti penyelidikan. Anda menganggap diri sendiri sebagai seorang yang rasional, mempunyai tahap kecerdasan yang tinggi dan gemar terlibat dalam kajian-kajian berbentuk saintifik. Kebiasaannya, anda lebih selesa bekerja secara sendirian daripada berkumpulan. Anda suka membaca buku-buku bercorak saintifik dan teknikal. Anda mempunyai tahap ingin tahu yang tinggi dan suka berfikir untuk mencari fakta kepada sesuatu jawapan. Walau bagaimanapun, anda agak kurang berminat untuk melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti berbentuk sosial. REALISTIK : Praktikal, berstruktur dan orientasi tugas Anda merupakan seorang individu yang praktikal dan suka menjurus kepada orientasi kehidupan masakini daripada masa lepas. Anda mempamirkan pemikiran yang berstruktur dan lebih suka mengambil pendekatan penyelesaian masalah dari membiarkan sesuatu perkara itu berlarutan. Anda lebih cenderung memilih aktiviti yang menggunakan objek, mesin, perkakas, tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Anda seorang yang bertanggungjawab dan seringkali menunjukkan tingkahlaku daya saing dan tegas diri. Anda lebih suka kepada aktiviti yang bersifat ‘hands-on’ serta ‘outdoor’ yang memerlukan koordinasi kemahiran diri dan kekuatan fizikal. Anda seorang yang lebih suka kepada suasana kerja yang berbentuk orientasi tugas (action-oriented) daripada banyak bercakap, menggunakan tulisan atau kemahiran interpersonal. Bersyukur dengan segale kurniaan dari Allah S.W.T... alhamdulillah..

Dunia Baru...

Assalamua'laikum...

Ha3..akhirnyer de gak mood nk up date blog ksyangan ak nie..hu3..lpas nie xder r asyek bacer bnde smer jer an..he3..:P..hmm...utk pngetahuan anda smuer..ak da brhijrah ke ngeri "Jelapang Padi"..:D..bler ak ckp cmtu...msti korg tau an..kt mner agi klo bkan Kedah Darul Aman..hu3..so..ak skrg tgh cber utk biasekan diri ngn care org2 kedah..yer r..bak kter ppatah..'msuk kndang hrimau mengaumm,msuk kndang kmbing mengembekk'..ha3..an3..tpi skrg nie ak still blom dpt biasekan spnuhnyer agi..pade pndangan ak r..org kdah ni snang msre ngn org lain..wlau un org x dknali..slamber jer tgur n brgrau sende mcm da knal lamer..hmm..tu yg bgus tu..mgeratkan hbungan ssame mnusie..lbeyh2 agi ssame muslim...insya'Allah..so..skrg nie ak da keje kt sbuah kdai serbaneka 24 jam..kdai nie dyer wat style Seven Elevan r..nmer kdai tu..'U Station'

..tpi ak rse..U Station nie agi best dari Seven Eleven...brg kt situ lbeyh bnyak..n mcm2 ader..ha3..slain ak dpat timbe pngalaman bru kt U Station tu..ak gak dpat mmber bru..hu3..mcm ak ckp..org kdah nie sng mesre..so ak lbeyh sng blajar pe2 psal keje kt situ..mmg trbaek r..makin lame ak makin sker keje kt stu..tmbah plak BOS ak baek orgnyer..fuhh!!!Syok ooo...dari situ..keserasian ak ngn org2 kdah ni brtambah..alhamdulillah..:)..tpi kdang2..ak rse rndu sgt nk blek KL..nk jmper blek mmber2 ak..ckgu2 silat ak..n nk jlani khidupan mcm dulu2 kt sner..hrmm..tpi..nk wat cmner..ak sndiri yg plih nk brhijrah ke sini(Kedah)..so..ak kne r brfikiran positif...mesti de hikmah disbalek per yg brlaku...n lastly..ak nk kgsi sikit pndngan ak ngn korg..wlau dimane kter brade..kter ttp kner troskan khdupan kter..slagi kter brade diatas bumi nie..yakin dn prcayer r..kbahagian pasti akn dtg kpd kter..dngan izin Allah S.W.T..insya'Allah..jom kter smer2 brusaha dn brdoa utk kjayaan kter d dunie nie dn d akhirat kelak..Dunie Bru mmg x smer ngn Dunie Lamer..pe2 un My Life,My Style..:D see yaa..


Life's Too Short
New MySpace 2.0 Layouts